Ridha Abdah Subri
Ridha Abdah Subri
LLB (Hons)
LLM (Corporate Law) UITM
Cert. in Mediation (Australia)
Berpengalaman lebih 13 tahun dalam bidang perundangan, Ridha adalah seorang peguam bela yang versatile bagi sebarang pembelaan jenayah dan litigasi am.
Selepas menamatkan pengajian ijazah sarjana muda beliau di Universiti Teknologi Mara (UITM) pada tahun 2007, beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya (DPP) selama 7 tahun di JabatanĀ PeguamĀ Negara.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya di AGC, beliau telah memeroleh pengalaman dan pengetahuan secara langsung mengenai pengendalian perbicaraan dan rayuan jenayah. Ridha telah mengendalikan pelbagai pendakwaan kes-kes jenayah ketika ditugaskan di Unit Jenayah Komersial dan di beberapa unit pendakwaan negeri iaitu Kedah, Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Selepas berkhidmat sebagai DPP di AGC selama tujuh tahun, beliau telah menubuhkan firma yang memberikan pengkhususan kepada pembelaan jenayah am dan komersial serta ligitasi am di semua peringkat perbicaraan bermula daripada perbicaraan di hadapan mahkamah bicara sehingga ke peringkat mahkamah rayuan.
Berbekalkan dengan pengalaman beliau sebagai DPP dan peguam bela, ia membolehkan Ridha untuk mewakili pelbagai individu termasuk pegawai kanan kerajaan, tokoh korporat dan politik di dalam kes-kes berprofil tinggi seperti rasuah dan pengubahan wang haram, homosid sehingga kes pengedaran dan makmal dadah.
Di luar dunia litigasi, Ridha turut memperkasakan ramai pegawai korporat dengan perkhidmatan rundingan perundangan berkaitan fraud, pengubahan wang haram dan perkara-perkara berkaitan jenayah komersial dan perdagangan.
Di waktu lapangnya, Ridha sering dijemput untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai undang-undang jenayah menerusi ucapannya dalam seminar dan kursus. Ridha juga sering diundang sebagai penceramah jemputan di agensi-agensi penguatkuasaan penting negara seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan universiti-universiti awam.