criminal defence lawyer

Criminal Defence Lawyer

Firma

Ridha & Co adalah sebuah firma guaman yang menawarkan perkhidmatan guaman dalam pelbagai cabang undang-undang terutamanya pembelaan kes-kes jenayah, penyelesaian pertikaian dan perundangan shariah serta perundangan komersil dan korporat.

Perkhidmatan utama firma kami adalah tertumpu kepada perkhidmatan pembelaan bagi kes-kes jenayah. Perkhidmatan pembelaan jenayah kami merangkumi kesemua aspek perundangan seperti konsultasi perundangan, representasi dan litigasi di setiap spektrum proses keadilan berkaitan dengan jenayah am, jenayah komersil dan kepentingan awam.

Kekuatan firma guaman kami terletak pada pasukan peguam kami yang berdedikasi dan giat berusaha untuk memberikan khidmat guaman yang berorentasikan penyelesaian yang strategik dan efektif kepada anak-anak guam kami berkaitan dengan perkara yang melibatkan pertikaian undang-undang ataupun tidak.

Ridha Abdah Subri

Ridha Abdah Subri

LLB (Hons)
LLM (Corporate Law) UITM
Cert. in Mediation (Australia)

Berpengalaman lebih 13 tahun dalam bidang perundangan, Ridha adalah seorang peguam bela yang versatile bagi sebarang pembelaan jenayah dan litigasi am.

Selepas menamatkan pengajian ijazah sarjana muda beliau di Universiti Teknologi Mara (UITM) pada tahun 2007, beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya (DPP) selama 7 tahun di Jabatan Peguam Negara.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya di AGC, beliau telah memeroleh pengalaman dan pengetahuan secara langsung mengenai pengendalian perbicaraan dan rayuan jenayah. Ridha telah mengendalikan pelbagai pendakwaan kes-kes jenayah ketika ditugaskan di Unit Jenayah Komersial dan di beberapa unit pendakwaan negeri iaitu Kedah, Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selepas berkhidmat sebagai DPP di AGC selama tujuh tahun, beliau telah menubuhkan firma yang memberikan pengkhususan kepada pembelaan jenayah am dan komersial serta ligitasi am di semua peringkat perbicaraan bermula daripada perbicaraan di hadapan mahkamah bicara sehingga ke peringkat mahkamah rayuan.

Berbekalkan dengan pengalaman beliau sebagai DPP dan peguam bela, ia membolehkan Ridha untuk mewakili pelbagai individu termasuk pegawai kanan kerajaan, tokoh korporat dan politik di dalam kes-kes berprofil tinggi seperti rasuah dan pengubahan wang haram, homosid sehingga kes pengedaran dan makmal dadah.

Di luar dunia litigasi, Ridha turut memperkasakan ramai pegawai korporat dengan perkhidmatan rundingan perundangan berkaitan fraud, pengubahan wang haram dan perkara-perkara berkaitan jenayah komersial dan perdagangan.

Di waktu lapangnya, Ridha sering dijemput untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai undang-undang jenayah menerusi ucapannya dalam seminar dan kursus. Ridha juga sering diundang sebagai penceramah jemputan di agensi-agensi penguatkuasaan penting negara seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan universiti-universiti awam.

Mohd Hezri Shaharil

Mohd Hezri Shaharil

LLB (Hons)
Diploma in Syariah and Practise (UITM)

Mohd Hezri adalah graduan Ijazah Undang-Undang (Kepujian) tahun 2007 dan Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan tahun 2008 dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Beliau memulakan Latihan dalam kamar di Tetuan Wan Balbir & Associates dan diterima masuk sebagai pengamal undang-undang di Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2008.

ada tahun yang sama, beliau telah ditawarkan untuk menjawat jawatan di Kehakiman Malaysia sebagai Penolong Kanan Pendaftar, MahkamahPersekutuan Malaysia di Bahagian Penyelidikan dan Pentadbiran Kehakiman (kemudian dikenali sebagai Bahagian Pentadbiran Kehakiman). Di sini, beliau telah didedahkan dengan berbagai tugasan penyelidikan undang-undang termasuk pindaan undang-undang dan urusan parlimen.

Pada tahun 2011, beliau telah ditempatkan sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Petaling Jaya,Selangor. Kes-kes yang dihadapkan ke hadapan beliau merangkumi kes jenayah, trafik dan samanjabatan. Pada masa yang sama, beliau turut bersidang sebagai Koroner di dalam kes-kes inkues.

Mohd Hezri kemudian meletak jawatan sebagai penjawat awam dan memulakan kerjaya sebagaipeguambela dengan membuka firma Mohd Hezri & Co. pada tahun 2016. Kes-kes kendalian beliautermasuk jenayah am, jenayah komersil, narkotik dan saman jabatan.

Beliau turut aktif memberi ceramah perkongsian ilmu di beberapa agensi kerajaan termasuk Majlis Bandaraya, Polis DiRaja Malaysia serta universiti awam tempatan.

Izlan Zolhaidi

Izlan Zolhaidi

LLB (Hons) UITM
Executive Diploma in Islamic Banking (IIUM)

Izlan menamatkan pengajian pada 2007 dengan memperolehi ijazah sarjana muda dengan kepujian dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau telah diterima masuk ke Badan Peguam Malaysia pada Julai 2008 dan memulakan kerjaya guamannya di Tetuan Adnan Sundra & Low selepas menamatkan latihan dalam kamar di firma yang sama. Beliau kemudiannya menamatkan Diploma Eksekutif dalam Perbankan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 2009.

Bidang amalan beliau merangkumi memberi nasihat, menstruktur, merunding, dan mendokumenkan transaksi perbankan, transaksi pembiayaan projek, transaksi kewangan Islam dan konventional, dan undang-undang korporat.

Pengalaman perbankan dan kewangan beliau termasuklah menjadi peguamcara kepada pembiaya pinjaman bersindiket berkenaan dengan pembiayaan sindiket Islam yang diberikan oleh pembiaya pinjaman bersindiket kepada syarikat hartanah, menjadi peguamcara kepada peminjam berkenaan dengan pinjaman sokongan kerajaan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada syarikat konsesi lebuhraya, dan menjadi peguamcara kepada syarikat konsesi lebuhraya berkenaan dengan penstrukturan semula yang dijalankan oleh syarikat konsesi lebuhraya.

Beliau juga terlibat dalam kajian bagi pihak Kerajaan Malaysia dan/atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mengenai isu-isu undang-undang dan peraturan berkaitan dengan sektor lebuh raya tol dan sektor tenaga elektrik.

Selain itu beliau juga terlibat dalam memberi nasihat undang-undang dan pematuhan berkaitan dengan garis panduan tatacara mencukupi di bawah Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.adequate procedures? under Section 17A of the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009.

Adhwa' Afiqah Azmi

Adhwa Afiqah

Adhwa' Afiqah Azmi

LLB & Shariah (Hons) (USIM)
Diploma in Judicial and Advocatory Practise (DIJAP) (USIM)

Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang & Shariah (Kepujian) daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2022.

Beliau kemudiannya telah menyambung pelajaran beliau di peringkat Diploma Lepasan Ijazah dalam Jurusan Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DIJAP) di universiti yang sama dan telah bergraduasi pada tahun 2021.

Beliau telah diterima masuk dan di daftaraikan sebagai Peguam bela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2024.

Beliau juga telah ditauliahkan sebagai Peguam Syarie bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sejak tahun 2021.

Pembelaan Kes Jenayah

Perkhidmatan pembelaan kes jenayah yang ditawarkan oleh firma kami meliputi setiap spektrum proses keadilan bermula daripada dakwaan, penangkapan dan perbicaraan di mahkamah bicara serta mahkamah-mahkamah rayuan. Berbekalkan dengan pengalaman mengendalikan kes-kes yang kompleks, firma kami dengan sukacitanya menawarkan khidmat konsultasi dan representasi di setiap spektrum keadilan jenayah seperti yang berikut:

Tangkapan, Siasatan dan Prosiding Reman
Posiding Pertuduhan dan Permohonan Jamin
Pra-Perbicaraan
Perbicaraan Kes Jenayah
Pasca-Perbicaraan & Rayuan Jenayah
Lain-lain Perkhidmatan Perundangan

Bidang-Bidang Amalan

Jenayah Am
Jenayah Komersial
Jenayah Rasuah
Kesalahan Narkotik
Pengubahan Wang Haram
Pelucuthakan Hasil Jenayah
Jenayah Siber & Komputer
Pemerdagangan Manusia
Kesalahan Keganasan & Jenayah Terancang
Kesalahan Farmaseutikal
Jenayah Alam Sekitar
Kesalahan Hak Cipta
Kesalahan Kastam dan Eksais
Kesalahan Cukai Pendapatan
Kesalahan Imigresen
Saman Pendakwaan Persendirian

Penyelesaian Pertikaian & Perundangan Shariah

Firma kami juga menawarkan khidmat penyelesaian pertikaian bagi kes-kes litigasi sivil dan komersil. Manakala bagi kes perundangan shariah, khidmat kami merangkumi hal perkara yang menjadi pertikaian dan tidak di dalam aspek kekeluargaan, pengurusan harta termasuklah wasiat, probet dan amanah.

Komersial & Korporat

Firma kami turut menawarkan khidmat guaman yang luas bagi perundangan komersil dan korporat bagi perusahaan baru, perusahaan sederhana kecil, syarikat multinasional dan institusi kewangan yang meliputi khidmat penasihat korporat dan komersil, tadbir urus korporat dan hal-hal pematuhan. Antara khidmat lain yang ditawarkan termasuklah khidmat nasihat bagi kontrak komersil am, usaha sama, perkongsian awam swasta dan penstrukturan serta dokumentasi dokumen-dokumen pembiayaan.

Media

Mahkamah Tinggi Seremban hari ini membebas dan mengenepikan sabitan serta hukuman penjara selama tiga tahun dan denda sebanyak RM50,000 bagi setiap pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Anuar Baharom, 48 dan seorang lagi bekas pemain bola sepak, G. Prem Kumar, 54.